Monday, June 26, 2006

TOPUP YOUR HANDPHONE FOR FREE!!

Hi guys,

Aku dapat ni daripada member lama yg keje kat kedai hp
kat hometown aku. Duduk berborak dengan dia aku pun
koreklah rahsia pasal handphone ni. Last-last cair
jugak dia. Dia pun bagi tau lah aku cara-cara nak
mereload prepaid ni secara percuma.

Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan
ngkorang...

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan019,! anda semua
selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi
untuk mereload prepaid anda. Disini ada cara untuk
mereload handphone dengan cara yang agak illegal..
tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan
pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini
kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa
ini.

Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019, dail
1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar
seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang
dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon
anda.

Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin
number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia
kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk kl
dan s'gor, 0406 utk kawasan lain semenanjung dan 0409
utk sabah s'wak.

Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723"
selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda
sekali lagi. Tunggu selepas bunyi bising selesai, dial
4455147 diikuti 146 selepas 5 saat...

Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your
pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda
akan dengar "your key number is accept" terus dail
4566 dan anda akan dengar "your password is accept".
Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan
dengar "pale hotak kau berjambul, kat dalam dunia
ni mana ada benda yang free, zaman skang nih masuk
toilet pun kena bayar 20 sen!!"

Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata.. "cheh!"

No comments: