Bedah !!
Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.
Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni
Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.
Tok Penghulu
Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga di tepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas.
"Masyaallah" Tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, Tok penghulu memarahi beliau.
Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul.
Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam. Setelah pulang kerumah,budak tersebut menceritakan segala-nya kepada emak nya. Esok pagi-pagi lagi,emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.
Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00" Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.
"Masyaallah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun. Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan, Tok penghulu berkata : "Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.
Selepas selesai membebel Tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata:-"Nah 50 sen, pergi beli pisau cukur"
Pak Pandir !!!
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.. entah macam mana.. di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas..
tapi dia tu... masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik..
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu... pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan..
Pak pandir menghampirkan matanye ke taik tersebut...lalu dia berkata..
"bentuk macam taik" Lepas tu dia pegang pulak taik tu.. lalu dia berkata.. "lembik...macam taik" lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu...
Lepas tu dia berkata.. "Bau macam taik".. oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut... Sebaik sahaja
dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
> > >"MEMANG TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK"..< < .
GAGAP (18SX):
Kerana kecewa dengan suaminya yang gagap... si isteri mencadangkan agar suaminya berjumopa doktor
Di Klinik.. Suaminya menceritakan kepada doktor...
Suami : "ddok.. Doktor.. is.. isteri sa.. sa.. ya ma.. marah.. ke..kerana sa..sa.. ya ga.. ga.. gagap"
Doktor memeriksa si suami.. Lalu berkata..
Doktor : "Kamu gagap kerana 'anu' kamu terlalu panjang.. dan itu mempengaruhi percakapanmu..
kamu boleh sembuh kalau 'anumu' dipotong sebahagian'.."
Suami : "Po.. Potongla dok.. doktor.. yang pen.. penting is..isteri sa.. saya ti..ti..tidak ma..marah la.. lagi"
Setelah dipotong.. akhirnya sisuami sembuh dari penyakitnya dan pulang kerumah...
Beberapa hari kemudian dia sekali lagi berjumpa doktor tersebut...
Suami : "Doktor.. saya mahu disambung semula 'anu' saya.. sebab isteri saya marah kerana dia
merasakan ada yang hilang dan tidak puas.. biarlah penyakit saya itu timbul lagi.. yang pentingnya isteri saya puas.."
Doktor : "Ma.. ma.. maaf.. ti..ti.. tidak bo.. boleh.. ke..ke..rana su..su..dah di sam.. sambung ke.. kepada saya"
Menunggu Kelahiran
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua. Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas, kata lelaki yang pertama dengan riangnya. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah! Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat kata jururawat itu dengan tenang. Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel, kata lelaki ketiga dengan gembira. Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, Apakah yang merunsingkan awak? Dengan perasaan gelisah dia menjawab Saya bekerja di Seven Eleven.
Doktor
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...
Monday, June 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment