Monday, June 26, 2006

MALAM PERTAMA...

Malam pertama adalah malam yang amat di tunggu oleh Karim untuk merasa
nikmat sebagai pengantin baru dengan Minah, isteri yang baru dinikahnya
siang tadi Tetapi pada majlis kenduri siang tadi, masih ada lagi ramai
tetamu yang belum pulang dan sedara mara sebelah keluarga Minah pun
masih bertenggek di ruang tamu. Maklumlah anak sulung ketua kampung ler
katakan dan kemeriahan tersebut di sambut dengan tumbangnya 2 ekor lembu
milik keluarga. Dipendekkan cerita, jam sudah menunjukkan hampir pukul
12 malam dan Karim menjadi semakin resah gelisah dan mundar mandir
didalam bilik pengantin bercadarkan warna biru lembut manakala Minah
masih lagi diluar sibuk melayan tetamu yang datang. Setelah lama
menunggu dan tak tertahan lagi Karim keluar ke ruang tamu sambil
mengangkat kening memberi isyarat kepada Minah sambil menuju kebilik
air, dengan harapan isteri kesayangannya akan menunggu di bilik setelah
dia kembali dari bilik air. Pukul 12.30 barulah Minah masuk ke dalam
bilik dan mendapati suami kesayangannya telahpun terbaring lena.
"Kepenatan gamaknya" bisik hati Minah sambil menyalin gaun tidur nipis
merah jambu yang dibeli Karim tempohari.
'Baaaangg..' bisik Minah di telinga Karim merengek rengek manja seperti
tahu apa yang Karim inginkan tetapi Karim terus menarik selimut dan
menutup muka.
"kenapa ni baaaang....?" Minah membisik manja sambil mendakap Karim dari
belakang dengan eratnya Karim menyelak selimut sambil membisik manja,
"takpelah yaaang.., lain kali ajelah dah terlambat pun.! "kenapa abang
cakap begitu?' dengan nada lembut kehairanan Minah bersuara "Tadi tunggu
Minah lambat sangat jadi abang ke bilik air kejap, dan selepas membuang
air kecil abang ternampak ada sebotol shampoo di bilik air dan terus
abang teringat akan satu iklan di TV" " Dengan Rejoice, guna jari pun
boleh"...

No comments: