Monday, June 26, 2006

Isteriku Liza...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi


Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"


Kisah Pengemis dan Pelajar Universiti

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"
Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"
Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ..."
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."
Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"
Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."
Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"
Pengemis : "Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..."

No comments: