Monday, June 26, 2006

Lawak

Juruterbang sengal !!

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara. "May day,may day,may day...!!",terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.
"Pesanan anda didengar jelas,"kata petugas dek menara pengawas,"Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"
"Ya,baik,"jawab juruterbang itu,"Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"


Hang Tuah dan adik beradik

Berabad lamanya kita telah di tipu oleh sejarah.
Kita di fahamkan Hang Tuah 5 bersaudara, rupa-rupanya 7 bersaudara...
ikutilah Hikayat 7 Bersaudara
Setelah kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik sejarah Melayu Melaka, di dapati percanggahan tengtang Hang Tuah selama ini , ini kerana Hang Tuah mempunyi 2 orang lagi saudara.

Berikut di senaraikan nama saudara tersebut :-

1. Hang Tuah
2. Hang Jebat
3. Hang Kasturi
4. Hang Lekir
5. Hang Lekiu
6. Hang Baca
7. Hang Bengong

Itulah penemuan sejarah terpenting di abad ini......


NENEK dan sales girl !!

Seorang nenek menaiki lif dalam sebuah bangunan pejabat yang sangat esklusip di PJ.Seorang perempuan muda dan cantik juga naik, berbau sangat wangi seperti jenama yang mahal, berpaling kepada nenek itu dan berkata dengan megahnya,"Giorgio - Beverly Hills, RM300 untuk 10ml"

Seterusnya seorang lagi perempuan muda dan cantik masuk ke dalam lif, juga berbau sangat wangi dan dengan megahnya menoleh kepada nenek itu dan berkata, "Chanel No.5, RM450 untuk 10ml"

Selang tiga tingkat nenek itu pun sampai ke destinasi. Sebelum keluar, dia melihat kepada dua orang perempuan itu, membongkok sedikit kemudian mengeluarkan satu bau yang amat meloyakan.
"Tempoyak, 95 sen untuk 100gram."kata nenek dengan poyonya

No comments: