Tuesday, August 29, 2006

About kentut and why busuk

Ini bukan lawak. Ini kenyataan! Tapi nak tergelak pecah perut

S: Dari mana datangnya gas kentut?

J: Gas ini datangnya dari beberapa punca:
Udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari
darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam
perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang
tinggal dalam perut.

S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?

J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran
gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak
pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih
banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan
oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau
kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan
menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam
jumlah yang besar.

S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan
dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada
kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di
dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan
penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini
adalah suatu kesilapan.

S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih
panas dan senyap daripada kentut biasa?

J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara
yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen
pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur.
Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian
yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan
dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola
(bubbles) yang besar dalam suhu tubuh.
Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik
(pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah
kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria.
Pembiakan dan proses penghadaman oleh
bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis
gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih
kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil
proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah
yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-
But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk
menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang
hebat.

S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

J: Secara puratanya, seseorang boleh
menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan
kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.
Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu
kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut
dalam sehari adalah lebih mudah.

S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut
kita dihidu oleh orang lain?

J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor
atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan
angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan
jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak
dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan
hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali
jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil
dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik
yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang
penyerapan ke persekitaran dan akan kekal
berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga
diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela
masa 13-20 saat antara pelepasan dan
pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut
berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi
mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu
oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh
bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh
bau pada masa yang sama kita kentut.

S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah
kentut?

J: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga
kentut sejurus selepas mati.

No comments: